Saturday, December 3, 2011

Madah persahabatan

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan,kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai,Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir2 di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara dia antara pasir2 tersebut.

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah x akan berkesan,manakala sahabat sejati pula bagaikan air yang mengalir, walau dicincang ia tidak akan putus.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu sebelum bersahabat dengan orang lain.

Musuhmu adalah sahabat yang akrab.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yg amat dalam bagi kita yang menghargainya.

Tidaklah kita dapat mengenal orang lain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakah seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah,Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang,Tidak dapat dikenal sahabat melainkan pada waktu kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi,dan saling memahami antara mereka.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran,lebih2 lagi bukan hubungan kebendaan semata mata.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran,dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dana akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait2 nya.

Sahabat adalah anugerah tuhan untuk menjaga kita,janagn pernah menyesal bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan, kerana semuaa manusia itu baik kalau kamu dapat lihat kebaikannya dan menyenangkan jika kamu dapat melihat keunikannya,tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan jika kamu tidak dapat melihat keduanya. :)

Thursday, December 1, 2011

Bila Dalam Hati Ada Cinta


*Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

*Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

*Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

*Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

*Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

*Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

*Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

*Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

*Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

*Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

*Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

*Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

*Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

*Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan, pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

*Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

*Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

*Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

*Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

*Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!

*Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

*Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

*Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

*Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

*Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

*Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

*Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

*Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)



Moral : bila dalam hati ada cinta, manusia akan rasa bahagia.. namun sering kita terpesona pada cinta dunia dan cinta manusia semata.. justeru, jangan kita lupa bahawa mencintai Yang Maha Pencinta itu jauh lebih nikmat perasaannya...

"Cinta dikatakan bergerak dari titik yang lebih tinggi menuju titik yang lebih rendah. Serupa dengan hal tersebut,maka jika cinta kepada Tuhan tumbuh di dalam hati kita, itu pertanda Cinta Tuhan kepada kita. Seperti yang dikatakan seorang sufi, “Pada mulanya, aku keliru dalam empat hal. Aku mencoba untuk mengingat Allah, mengetahuiNya, mencintaiNya, dan mencariNya. Sesampainya di tujuan, aku melihat ternyata Ia mengingatku sebelum aku mengingatNya, pengetahuanNya tentang diriku mengalahkan pengetahuanku tentangNya, cintaNya padaku sudah ada sebelum cintaku padaNya, dan Ia sudah mencariku sebelum aku mencariNya”

cinta tidak semestinya memiliki.. cinta adalah membiarkan yang dicintai berbahagia walau bukan bersama dengan kita.. cinta adalah bahagia kerana dapat membahagiakan...

Friday, October 28, 2011

"His Story"


Pada saat ini,aku sangat geram, marah, benci, sakit hati!

Dengan penipuan yang 'mereka' lakukan. Kepada aku, dan KAMU!

Baru hari ini aku tahu secebis hakikat yang disembunyikan 'mereka'. Menampal cerita ini dan itu di dalam buku teks Sejarah. Menutupi kebenaran yang sebenarnya. Malah menebar fitnah! Meracuni minda remaja-remaja dengan fakta-fakta yang menyeleweng. Mungkin bukan semua, tetapi apabila ini melibatkan hal yang penting, ianya bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng!

Sejarah, atau dalam Bahasa Inggerisnya "History", bukanlah sesuatu yang boleh kita telan bulat-bulat seperti yang kita lakukan pada zaman persekolahan dahulu.

"his" "story". Ah, sinis bunyinya...sinis lagi apa yang dirancangkan 'mereka' untuk kita. Membentuk pemikiran dan pandangan anak muda seperti yang mereka mahukan. Sekalipun dengan cara menebar fitnah!.

"Kamu harus melihat sejarah sepertimana 'kami' mahu kamu melihatnya....PKMM, PUTERA, API, ini semua berhaluan kiri..." kata 'mereka'.

"Benarkah begitu????"

Sekali lagi aku mahu bertanya..."Benarkah begitu!!?, apalagi penipuan dan penyelewengan yang kamu lakukan?"

astaghfirullah.....

"HISTORY IS NOT WRITTEN BY THE HISTORIAN, IT IS WRITTEN BY THE PEOPLE WHO HAVE POWER"

p/s:
Don't underestimate me. Aku bukan penentang kerajaan, dan bukan pula peyokong pembangkang. Aku adalah insan yang mendambakan kebenaran!

Thursday, September 1, 2011

Cara Makan Sunnah Nabi SAW, Sebahagiannya Kuno Tetap Logik Secara Saintifik




Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa "perut adalah punca penyakit". Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

1. Jangan Makan/Minum

Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah
Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad

2. Cara Makan

Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.

Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.

Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)

Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.

Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.

Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.

Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.

Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

3. Cara Minum

Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.

Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.

Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.

3. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat

Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.

Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".

Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.

SYEIKH YUSUF QARDHAWI MENGHALALKAN DARAH QADDAFI

Assalamualaikum dan Selamat Hari raye saye ucapkan kpd semua...


Presiden Persatuan ulama Muslim Dunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan fatwa menghalalkan darah Kolonel Muammar Qaddafi, dan menyerukan kepada tentera Libya agar tidak mematuhi perintahnya untuk menembak para demontrasi.

Al-Qardhawi mengatakan dalam sebuah wawancara dengan Al Jazeera: "Saya di sini berfatwa, siapapun tentara Libya yang mampu menembakkan peluru kepada Qaddafi untuk membunuhnya dan orang-orang mengurangi kejahatannya maka lakukanlah".

Dr Yusuf Al-Qardhawi mengungkapkan kemarahannya atas apa yang terjadi di Libya, menyatakan bahawa Kolonel Muammar Qaddafi gila dan seorang yang menjijikkan.

Al-Qardhawi menegaskan bahwa tidak boleh mematuhi perintah penguasa yang bertentangan dengan Islam, dan bahawa apa yang Qaddafi perintahkan untuk mengebom kota-kota Libya dengan jet tempur adalah perang dan melakukan kerosakan di bumi dan wajar dihalalkan darahnya dan dibunuh.

Al-Qaradhawi juga mnyatakan bahawa Qaddafi seperti para penguasa lainnya, tidak membaca sejarah, dan jika membacanya mereka tidak memahaminya, dan jika faham mereka tidak mengamalkannya.

....Saya di sini berfatwa, siapapun tentara Libya yang mampu menembakkan peluru kepada Qaddafi untuk membunuhnya....Bunuhlah

Al-Qardhawi menyerukan kepada rakyat Libya untuk meneruskan pertembungan dan perjuangan biarpun berapa harganya serta tidak peduli berapa banyak syuhada.Beliau menekankan bahawa balasan Allah sudah dekat, dan bahawa Allah membalas Qaddafi di dunia dan akhirat kerana ketidakadilannya.

Al-Qardhawi menyeru rakyat Libya untuk tetap "teguh dan sabar dalam menghadapi ketidakadilan". Beliau juga menyeru agar negara-negara Arab memberikan dokongan kepada rakyat Libya dalam kesusahan mereka, sehingga Allah menganugerahkan usaha mereka dengan kemenangan, dan juga menyeru kepada pemuda Mesir dan Tunisia, untuk menyokong teman-teman mereka di Libya.

Al-Qardhawi mendesak pemuda Mesir, yang berniat untuk keluar pada hari Selasa dalam demontrasi jutaan menentang pemerintah Al-Fariq Ahmad Shafik untuk mengubahnya menjadi sebuah demonstrasi memprotes apa yang terjadi terhadap rakyat Libya.

Dia juga mencela diamnya dunia terhadap apa yang terjadi di Libya, mengatakan: "telah terbunuh ratusan dalam beberapa jam dan dunia hanya diam, jika hal ini terjadi di Israel dan Eropah, pasti dunia akan berdiri dan tidak duduk". 


Sunday, July 24, 2011

Mujahadatun Linafsihi


Ku dakap erat tanganku ke dadaku. Kupejam rapat mataku. Ah, perasaan apakah yang sedang bergelora di hatiku ini! Bagai ingin pecah dadaku dibuatnya.
Dalam keserabutan menghantui benakku, jiwaku menyusur mencari jalan-jalan ketenangan. Kuselak pintu kejujuran dalam hati. Kubuka jendela muhasabah. Lalu kelihatan sinaran sayup-sayup memancar. Semakin lama semakin terang cahayanya. Lantas menyuluh kebenaran yang selama ini ditutupi sikap khianat pada diri sendiri.
Ah, di situ rupanya silapnya...
Amalku…
Ya, amalku. Ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Apa yang diperaktikan belakangan ini, tidak selari dengan ilmu yang diterimanya( dari dourah, halaqah, taujih, bahan bacaan dan sebagainya). Kerna itu wujudnya gelora dalam hati.
Hatinya mendesak untuk mengamalkan apa yang telah dipelajarinya, tapi akal dan fizikalnya tidak mahu. Kalah dalam bermujahadah!
Ah, alangkah deritanya hati ini. Asyik kalah, kalah dan kalah dalam mujahadah. Sedangkan Ramadhan bakal menjelang. Bagaimana dengan hati sebegini rupa aku mahu menyambut Ramadhan?
Perlahan-perlahan kuleraikan tangan dari dakapanku. Mata yang dipejam tadi kubuka. Kuhela nafas panjang. Tiba-tiba kudengar hatiku bicara.
“ Kau tahu jawapannya…Teruskan bermujahadah!!!” (^_^)

undefined
Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya:
”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda: ”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”

(Riwayat Muslim)

Friday, July 22, 2011

Siapa Yang Patut Kita Sayang?


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Click this bar to view the full image.
erti CINTA Siapa Yang Patut Kita Sayang?